Wednesday, July 29, 2009

Perasaan ini Indah tapi amat menakutkan....

Saya tak tahu macam mana nak meluahkan perasaan saya ni...tapi kadang-kadang saya perlu jugak meluahkan pada sesorang tapi kawan saya yang selalu tempat meluahkan itu da tak ada dekat sini dia da sambung belajar ni...

Monday, July 27, 2009

banyaknya cabaran yang aku lalui ketika ingin bersama dengan orang tersayang.....

Kenapalah dia tidak boleh mempercayai aku sepenuhnya,adakah perasaannya terhadap terhadap diriku begitu sahaja atau pun sebaliknya.....walau bagaimanapun aku sangat menyayangi dirinya sebagaimana aku menyayangi diriku sendiri.....aku tak tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu untuk mempertahankan hubungan jika dia tidak mempercayai ku.....everthing is my false,coz my admire....selama ni aku tak tahu pun yang dia yang memang ada hati dengan saya tapi ada satu sebab yang membuatkan dia berterus terang dgn saya...
tahu ja lah orang yang banyak sakit macam saya ni...masa saya masuk hospital dia bagitau yang dia ada hati dengan saya masa tu biar pun jarum di tangan terasa sakit sangat tapi gembira sangat-sangat sebab orang yang ada di hati da pun meluahkan perasaannya terhadapku...hhahahahahah bunyi macam orang jiwang ja kan....saya pun tak tahu penantian saya yang yang terlalu lama membuahkan hasil jugak akhirnya...tapi saya tak tahu pula dia pun ada hati dgn saya dalam jangka masa yang lama jgk ni....ish.....mcm cerita novel pula jadi saya terselamat dari menerima orang yang saya tak cinta n bersama dengan orang yang saya tunggu dari FEBUARY 2009.....akhirnya kami bersama pada tarikh 18.7.2009....doakan semoga aku bahagia hingga ke anak cucu....

Monday, July 20, 2009

perasaann yang datang ni kadang-kadang buat saya ta faham tau....

Banyak perkara yang datang tapi kadang-kadang perasaan tu buat kita sakit....
dulu saya fikir saya seorang ja yang merasai perasaan tu tapi rupanya dia pun sama dapat rasa apa yang saya rasa terhadap dirinya....
tapi ntahlah mungkin perasaan ego kan terlalu mengatasi perasaan yang datang tapi ntahlah apa yang membuatkan pada mulanya saya cuba melupakan perasaan saya terhadap dirinya sebab seperti dirinya terlalu banyak menyimpan gf lah kunun tapi tak sangka pula dia pun ada perasaan yang sama dengan saya...........
sejak bila perasaan tu hadir saya sendiri pun tak tau sebab saya tak pernah rasa apa yang saya rasa sekarang ni mungkin ni yang saya tak suka terlibat dengan hati dan perasaan sejak dulu lagi sebab jadi mcm orang angau ja kan.....

Thursday, July 16, 2009

PERASAAN AKU BETUL-BETUL SAKIT NI....

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni....macam tak ada kesabaran untuk melawan ujian di tempat kerja tapi apa nak buat kan da tanggungjawab kita,jangan jadi orang yang mau lari dari tanggungjawab yang kena kita pikul sendiri baru orang akan percaya dan hormat pada kita...
Tapi tak semua orang akan fikir pasal tanggungjawab....yang lebih menyedihkan orang yang penting kan diri sendiri......

MUTIARA KATA CINTA

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan di temuinya....
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ucapan cinta.......
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindakbalas yang di pamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah....
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri........
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli....Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang angn tidak pernah memahami erti cinta sebenarnya....
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan....
Kecacatan cinta bukannya atas sebab "CINTA ITU BUTA" tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.....
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekirannya anda sering mengucapakn "AKU CINTA PADAMU" dan "ADAKAH KAU MENCINTAIKU?".....
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang......