Monday, May 25, 2009

Hahahaha

Salam.....Buat tatapan orang yang sudi melawat blog saya.......
Setiap orang pasti ada perkerjaan yang di minati dan pasti menjadikan ianya sebagai cita-cita yang akan di anggap penjana masa hadapan yang kita sendiri hanya memikirkan kewangan yang lumayan berdasarkan minat yang ada...Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza begitu jugak dengan saya....saya ingin menjadi seorang pendidik tapi minat saya cenderung kepada pendidikan pra-sekolah,kerja menjadi pendidikan kanak-kanak ini memang mencabar kerana mereka tidak mengetahui apa-apa kita yang akan mewarnai mereka dengan warna-warna yang indah...
Pendidikan awal amat penting kepada kanak-kanak kerana mereka akan lebih cepat mengenal huruf dan pandai membaca kerana cikgu mereka dapat mengenal pasti apa tahap dan kebolehan yang ada pada pelajar....saya merupakan salah seorang guru pendidikan awal....
Pelajar saya mempunyai kebolehan yang berbeza-beza sehinggakan ada yang cepat mempelajari sesuatu dan ada yang banyak bertanya dan ada pula pendiam dan sukar di nasihati...
maaflah jika blog saya terlalu mengikut format penulisan.......
Wassalam.....

Sunday, May 24, 2009

Hadirmu Satu Kurnia

Aku tak sangka kehadiranmu satu anugerah bagiku.....
dulu aku sangat membenci dirinya tapi mengapa skg benci bertukar menjadi Rindu?????????
Pelik sungguh perasaan yang ada dekat aku sekarang ni sumanya aku rasakan indah...
Bila dia hadir dalam hidupku banyak yang ku pelajari darinya....
Dia bagaikan sumber inspirasiku.....


Banyak perkara yang berlaku tapi dia sedia menerima kekurangan yang ada pada diri ini....
Apa yang harus aku ucapkan selain daripada TERIMA KASIH??????????

Tak Usahlah Sebut Pasal Cinta....

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya menganbil kisah...
Tak usahlah menunjukkan ke dada,jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.....
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah.......
TAk usahlah memandang anak matanya,jika anda berbohong kepadanya....
Tak usahlah sebut HELLO kepadanya,jika kelak anda akan mengucapkan selamat tinggal kepadanya.......
Tak usahlah katakan dia satu-satunya,jika ada orang lain di hati dan di sisi......
Tak usahlah kunci hatinya,jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak....
Demikian juga perkhawinan,
Dahulu sebelum berkhawin angan-angan membuahkan perasaan yang muluk-muluk dan sangkaan yang indah-indah.....
Tapi setelah berkhawin pelbagai perkara kian nyata....
Biar apa pun keadaannya...
Bukankah setiap insan itu ada kebaikan dan keburukannya...
Jika ada sesuatu yang buruk pada dirinya.....
Apakah diri anda okey semuanya????????????????????
Jika anda pun demikian dan dia boleh menerima anda dengan keburukan yang ada pada diri anda......
MENGAPA TIDAK ANDA????????????????????????




Kasihanilah diri anda sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia.....
Wanita adalah penyeri kehidupan........
Titipkanlah rasa cinta...
Kerana hanya kitalah makhluk Allah S.W.T yang mampu melafazkan perkataan ini.......
Untuk di nikmati oleh pasangan-pasangan kita......


Buktikan kita insan bahagia agar kebahagian bermula di sini dan berkekalan di sana.....


INSYALLH........AMIN

Bahagia Itu Bermula Daripada Kata-kata yang baik

Orang yang ingin hidup bahagia perlu menjaga empat perkara:
Teguh menjaga kehomatannya
Redha menerima apa yang sedikit
Berbuat kebaikan setiap hari serta
memelihara lidah daripada perkataan yang tidak baik

Thursday, May 21, 2009

HEHEHEHE.....

Tak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tak sehebat sulaiman
Tak perlu mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaika.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim Andai diri tak sekuat Siti Hajar dan
Mengapa di dambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rassullah S.A.W
Bimbinglah dirinya Dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana
Dipertemukan dengan tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu...


Cinta dapat mengubah debu beralih emas
Keruh menjadi bening, Sakit menjadi sembuh
Derita menjadi nikmat, Dan kemarahan menjadi rahmat


"Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasannya, bukan pula dari kaki untuk menjadi alasnya,
melainkan daripada sisinya untuk di jadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengannya dan dekat dengan hati untuk di cintai"

Tuesday, May 19, 2009

Bagi Orang Yang Berbahagia Dia Menganggap Istana Bukanlah Pada Rumah Besar Tetapi Ianya Terletak Dalam Hati Yang Telah Dapat Sinar ILLAHI

SAMBUTLAH KEHADIRAN CINTA SEADANYA
Adakalanya kita cuba lari dari cinta tapi jiwa yang bergelora....sepi dahagakan kasih sayang
lalu memaksa kita menyambut kehadiran cinta...
Adakalanya kita cuba lari dari rindu....Tapi sayang yang berputik di hati merontah resah tak menentu...Lalu memaksa kita Menerima kenyataan....Sesungguhnya hati ini memerlukan cinta dan kasih sayang....Tetapi biarlah berlandaskan syarat dan hukum dalam islam.....
Sememangnya memang fitrah manusia memerlukan cinta dan kasih sayang yang jujur serta ikhlas...kerana di situ letaknya kunci sebuah perhubungan

kenapa lah aku boring ni.... suka merapu ja kan...

Setiap orang pasti mempunyai keinginan ntuk berjaya begitu jugak dengan saya tapi cita-cita tu terhalang di sebabkan orang tua yang tidak berpandangan jauh kenapa lah setiap keinginan saya mesti terhalang sedangkan saya sudah buat yang terbaik pun untuk setiap exam yang saya lalui tapi saya rasa segalanya tidak berbaloi pun sebab segala rancangan saya terhalang akibat orang tua yang tidak mahu berjahuan dengan saya but it's ok mungkin ni ujian untuk saya sejauh mana kesabaran saya dalam semua hal tu...
Setiap ujian yang berlaku terhadap diri saya terima dengan redha mngkin semua ni berlaku ada hikmahnya sebab Allah S.W.T telah meletakkan setiap ujian kepada semua umatnya.....mybe family tak mau saya pergi jauh sebab berlaku sesuatu yang tidak di ingini terhadap diri saya tapi mereka harus percaya dengan bahawa saya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik but tau-tau ja kalau oarang tua yang suka fikir yang bukan-bukan ni mesti ada sajalah alasan yang di beri kepada saya....
Tapi ada seorang uncle saya ni tak suka saya terlalu mengikut cakap orang tua yang suka mengongkong saya sebab dorang selalu menghalang cita-cita saya disebabkan perkara yang tidak baik yang selalu mereka fikirkan but biarlah yang penting saya sudah hadiahkan kejayaan yang cemerlang dalam semua peperiksaan Upsr,Pmr,Spm dan Stpm...apa yang pasti biarlah kita mencari keredhan orang tua...

Monday, May 18, 2009

Apa lagilah yang aku mau merapu ni...

Banyak perkara yang telah timbul dalam hidupku tapi dalam banyak hal yang berlaku itu aku tempuhi dengan sabar walaubagaimanapun setiap orang pasti ada sikap yang tidak tahu bersabar dalam banyak hal.....
Terutamanya dalam hal perkerjaan yang timbul dalam hidup aku sekarang nie ada rakan sekerja yang tidak tahu fikirkan perasaan rakan sekerja yang lain dan ada yang pentingkan diri bila dalam keadaan yang susah baru tahu minta pertolongan tapi bila di orang senang mereka tidak tahu yang mereka itu pernah meminta pertolongan dengan kita...
Banyak hal yang membuatkan perasaan tidak puas hati aku dalam hal keja tapi suma tu sudah menjadi kewajiban saya sebagai perkerja bukan setakat mahu gaji sahaja tetapi tidak mahukan keja yang berkualiti....
Biarlah setiap orang ada cara berkerja masing-masing tapi jangan lah terlalu pentingkan diri sendiri kerana sikap itu sungguh tidak baik....

Ntah apa-apa ni merapu ja....hehehe...

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dan dengan keadaan itu mereka akan lebih menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang dengan setiap ujian dan cabaran yang mereka hadapi tetapi akan menjadi satu kelainan kepada orang yang tidak mahu mengubah diri menjadi lebih baik daripada yang sedia ada....
Pengalaman yang akan mengajar kita menjadi lebih dewasa supaya kita lebih tahu menilai sesuatu yang baik dan buruk dengan lebih mudah tetapi orang yang tidak tahu menghargai peluang untuk mencari pengalaman hidup adalah orang yang paling rugi dan malas untuk mencari ilmu yang sepatutnya....
Kadang-kadang manusia tidak tahu bersyukur dan terfikir pun mengapa mereka di beri ujian sedemikian sepatutnya kita sebagai umat islam patut bersyukur degan ujian yang datang kepada kita....
sampai sini ja lah saya merapu hari nie k...
esok-esok saya sambung lagi...
salam.....

Sunday, May 17, 2009

bila inginkan sesuatu usaha yang sebaik mungkin...

saya selalu impikan sesuatu yang indah tapi dalam hidup ini tak semua indah kerana setiap keindahan pasti ada kepahitan yang harus di tempuh sebelum kita memperolehi keindahan itu...
tetapi ramai yang tidak memikirkan kepahitan mereka cuma inginkan kemanisan dalam kehidupan pada hal dalam masa yang sama kita mesti menerima kepahitan supaya apabila kita jatuh kita tidak terus jatuh di lambung oleh perasaan kecewa yang menyangka kita akan mendapat keindahan dalam hidup sahaja....
apa yang pasti kita harus berani menghadapi kepahitan dan kekecewaan dalam hidup jangan selalu mengharapkan yang indah sahaja tapi kita harus bersedia dalam segala hal...kerana setiap manusia ujian yang datang dalam hidupnya datang dengan berlainan cara Allah S.W.T sentiasa menguji umatnya supaya lebih teruji sejauh mana keimanannya dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T..... Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita....

Wednesday, May 13, 2009

jika benar C.I.N.T.A

Baca tajuk pun dah buat saya tersenyum... (adakah tandanya syaitan dah mula pasang perangkap halus for me to fall into mengatakan bahawa cinta itu...erm.. membahagiakan)..

Grrrr...ehek-ehek-ehek uwekk... Haha.. lawak lah bila nak cakap style jiwa-jiwa ni...hehe


Anyway, post kali ini terfikir untuk dicoretkan khas kerana saya telah mendapat panggilan-panggilan cinta (wow)... maksud saya panggilan-panggilan hangit (eh bila masa??) yang sebenarnya panggilan-panggilan permasalahan C.I.N.T.A daripada beberapa orang sahabat karibku... ada yang sedih kerana tidak menjadi cintanya... ada yang gabra bila diapproach oleh si dia (si urang itu)... hmm ambe punya masalah cinta pun tak setel lagi.. sudah menjadi rujukan pula..

Anyway, itu tandanya kita dihargai sebagai tempat meluahkan rasa... Don't worry my friends.. Walaupun saya belum mendapat tittle Puan untuk bercakap mengenai masalah ini... Dan tidak menuntut ilmu pun secara formal mengenai penyakit atau pengubat CINTAng (Cintan di'ganu'kang).. kita sama-sama boleh berkongsi pendapat...


Kenapa saya kata cinta itu penyakit dan pengubat.... Ya CINTA itu penyakit dan CINTA juga pengubat bagi penyakit itu...


Cinta-cinta-cinta...erm... love..luv...ishq..mohabbat...pyaarr...kya hain yeh???!!


Kan tengok..bila orang amatur menulis mengenai cinta, lagi pula dapat orang ganas cam saya... Sorry guys, saya kena pasang sut kalis cinta dulu... complicated gak baju robokop nih...


Okeylah, bila bercakap mengenai perasaan cinta... saya rasa tak perlu untuk saya bagitahu panjang lebar kut bahawa cinta yang paling utama itu apa dia... Kerana kita semua maklum bahawa cinta yang Hakiki dan berkekalan itu hanyalah cinta kepada Allah Tuhan kita yang Esa... (cuma masalah bagi setiap dari kita ialah bagaimana merealisasikan cinta ini)... dan keduanya cinta kepada Rasulullah SAW, Nabi kita... dan bukan cinta kepada keluarga kita... bukan cinta kepada suami kita dan amat bukanlah cinta kepada boyafren dan gofren anda.. (erk apasal tiba-tiba anda? Lu fikir la sendiri.. hehe)...

Saya tak nak ulas yang lain buat masa ini... Nak cerita-cerita pasal yang percintaan untuk loving couple jek.. kerana inilah jenis percintaan yang ditanya oleh sahabat2 saya tersebut..

Anyway, bercakap mengenai cinta dari sudut percintaan loving couple ni... saya suka mengulas dua situasi...

1. Bercinta sebagai percintaan couple yang belum kahwin...

2. Bercinta sebagai suami isteri yang of course la dah kahwin...

Satu (1)

Kalau kita lihat senario percintaan couple belum berkahwin..sangat banyaklah contohnya..

Sangat banyaklah fenomenanya... cerita survival tak survivalnya percintaan tersebut... ada percintaan yang nampak islamik dan ada percintaan yang sipi pun tak nampak islamik.. eh, ada ke percintaan sebelum kahwin dalam Islam??? (Ermmmmmm.....cinta type 2 lah kan?!)

Ada yang bercinta melalui alam maya .. melalui email... sms.. YM.. bermula daripada chatting.. kemudian berbalas nombor telefon dan kemudian bergayutan di pokok Digi Friends & Family... tiang letrik Maxis active10 atau stesen pencawang Celcom Xpax 20 (eh ye ke tuh?)... Paling sinonim mesti ada yang kemudiannya mendapat nama baru yang pelbagai.. kalau lelaki dapat title abang, awak, papa, papa bear, papa polar bear, papa polar bear bebeh (eh over pulak, sorry) dan macam baby boy, abi, hubby, laki aku, balak aku, etc... yang wanita dapat title ayang, adik, honey, hunny, nie, baby, bie, mama, mama bear, mama polar bear, ummi, baby girl dan banyak lagi... setakat ni itulah yang saya survey...

Bila dalam proses percintaan tersebut, saya tidak tahulah apa sebenarnya yang dirasakan... sehingga kalau sedih... sedih memanjang... kalau rindu sikit nak nangis... kalau tak telefon marah... sehingga pernah berlaku kepada sahabat saya (yang lain) dia geram kerana pakwenya tidak mahu melayan panggilannya (berkali-kali mengelak dah 2-3 bulan la kira) setelah mendapat pekerjaan best, rumah best dan kereta best... geram-geram, dia kata dia mahu calarkan kereta pakwenya itu... waduh.. kasian kan keretanya... kok kalau mau dicalarkan, biar dicalarin pakwenya dong... tak pasal-pasal kereta dapat calar sebab marah punya pasal... ini dah macam kes student marah kat cikgu... tapi itu sebab ada perasaan benci... ni ada perasaan sayang pun boleh calar-mencalar juga rupanya??? Kan ke kalau kahwin nanti kereta tu juga duk angkut pengantin??? Confius-confius..

Dan banyak lagi fenomena-fenomena alam yang berlaku... ada yang best dan ada yang tak best.. ada yang berjaya ke jinjang pelamin dan ada yang tidak jadi pelaminnya... (nak tanya, jinjang tu apa ek??)

Dua (2)

Kalau nak bercakap mengenai percintaan suami isteri ni... erm.. ini adalah percintaan yang mendapat pahala. Bila sudah berkahwin maka semuanya yang kita lakukan untuk membahagiakan pasangan adalah mendapat pahala (erm, kecualilah perkara tersebut bertentangan dengan syariat, kalau bertentangan, even membahagiakan ianya dikhuatiri boleh membawa kepada soda eh maksud saya dosa...)...

Percintaan hanya selepas berkahwin memang sukar dan jarang-jarang jumpa kut pada zaman sekarang ini. Maybe kerana orang tidak yakin untuk berkahwin sebelum benar-benar mengenali dan memahami pasangan... erm bakal pasangan hidup lah... Kadang-kadang tu ada yang memang dah kenal pun untuk bertahun-tahun tapi bila nak berkahwin... tidak sure dengan keputusan... mungkin takut tidak serasi dan sebagainya...

Percintaan jenis ini kini sudah ada channelnya yang moden sikit. Kalau ikut channel klasik (bukan klasik.fm).. biasanya akan melalui ahli keluarga masing-masing atau orang tengah dari mana-mana pihak la.. yang sekarang ini, ada channel yang established seperti Unit Baitul Muslim (UBM) yang dianjurkan oleh beberapa organisasi atau pihak for example organisasi suatu laman web atau organisasi jemaah. Basicnya adalah melalui dan mesti ada orang tengah... dan akan melalui proses-proses seperti berkenalan, muhasabah diri, solat istikharah dan kemudian bila sudah jadi (kompom kata orang Sabah).. maka akan dilanjutkan kepada urusan-urusan perjumpaan dengan keluarga kedua belah pihak dan seterusnya urusan walimatul urus...

Ringkas ja lah.. nak cerita panjang takut silap.. Saya pun tak habis proses lagi...

(Gulp (*_*)..erk... maksud saya pemprosesan maklumat dalam minda minda saya...)

Anyway kalau ada tersilap, tolong tegur dan betulkan saya...

Penat la pula cerita panjang-panjang ni...

Jadi Mana Satukah Pilihan Anda?

Buat sahabatku... Bercinta dengan mereka yang 'asing' itu adalah seperti melabur dalam bank... ada risikonya, besar lagi tu... anda mungkin ingin melabur (bercinta), tetapi tidak tahu melabur di mana yang akan mendapat untung (benarkah dia orang yang sesuai untuk anda)... tak tahu nak melabur sikit-sikit (bercinta sebelum kahwin) atau melabur banyak-banyak (hendak berkahwin)... apa-apa pun segala permasalahan penyelesaiannya adalah dengan mengembalikan segala permasalahan dan urusan kepada Allah... Dialah yang menciptakan dan mentakdir CINTA itu buat dirimu...

Jangan terlalu terburu-buru dan jangan terlalu bertangguh-tangguh...

Semoga anda berjumpa dengan CINTA sejati yang membawa kepada CINTA Allah yang hakiki...



Kesimpulannya... pilihlah pelaburan perbankan Islam...

(percintaan melalui perkahwinan)

'Untung selamat-rugi pun selamat'

InsyaALLAH..

Post ini akan disambung lagi..insyaAllah.. yang ini intro saja...


(^_^)

Cinta manusia itu penyakit ~ Cinta Allah la pengubatnya

Cinta dunia itu penyakit ~ Cinta akhirat la penawarnya

Cinta couple itu cari penyakit ~ Cinta berkahwinlah jadi penyelesaiannya..

Berhati-hati di jalan cinta ....

P/s: Melihat kepada isi post ini, mungkin ia akan mengguris hati mereka yang sedang berrcinta dengan type 1. Saya terlebih dulu mohon maaf. Saya tidak berniat untuk meremeh-remehkan perasaan anda, kerana saya tahu perasaan cinta itu fitrah. Tapi apa pun, kita cuba mengkoreksi diri kita. Saya sendiri mempunyai banyak kelemahan, masalah diri di masa silam dan masa kini, kecil dan besar.. Dan sebagainya... Tetapi ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang memohon keampunan.. Dan kita sebagai manusia, kita boleh membuat pilihan mengenai keputusan-keputusan dalam hidup ini atau setidak-tidak mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam hidup seharian. Sekiranya kita mahu membina keluarga bahagia yang berlandaskan kepada syariat Islam, sudah tentu prosesnya perlulah juga melalui proses yang diiktiraf syariat Islam. Pada kala ini, bercakap mengenai teori itu mudah, tapi pelaksanaan praktikalnya susah... Saya tahu, saya faham... InsyaAllah.. Cuma kita perlu lebih berusaha dan merefleksi diri dan tindakan kita. Kita tahu kemampuan diri masing-masing, maka teguhlah mempertahankannya. Berkahwinlah bagi mereka yang mampu kerana bersendirian itu payah dan kahwin itu sunnah, tetapi stay singlelah sekiranya anda belum mampu kerana bercouple itu mungkin akan membawa dosa...

setakat ini dulu... mungkin post ini akan ditukarkan kepada post yang lebih serius sekiranya saya merasakan ia terlalu tidak serius.. kita tunggu dan lihat...

Terima Kasih - Thank You- Syukran Jazilan- Pounsikou everyone for reading this post. If you find this post somehow inappropriate in any term "you-like-to-define", kindly specify your suggestions or comments in comments box below.
Manittaba'al Huda Wal 'Inayah Minallahi Ta'ala