Monday, May 25, 2009

Hahahaha

Salam.....Buat tatapan orang yang sudi melawat blog saya.......
Setiap orang pasti ada perkerjaan yang di minati dan pasti menjadikan ianya sebagai cita-cita yang akan di anggap penjana masa hadapan yang kita sendiri hanya memikirkan kewangan yang lumayan berdasarkan minat yang ada...Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza begitu jugak dengan saya....saya ingin menjadi seorang pendidik tapi minat saya cenderung kepada pendidikan pra-sekolah,kerja menjadi pendidikan kanak-kanak ini memang mencabar kerana mereka tidak mengetahui apa-apa kita yang akan mewarnai mereka dengan warna-warna yang indah...
Pendidikan awal amat penting kepada kanak-kanak kerana mereka akan lebih cepat mengenal huruf dan pandai membaca kerana cikgu mereka dapat mengenal pasti apa tahap dan kebolehan yang ada pada pelajar....saya merupakan salah seorang guru pendidikan awal....
Pelajar saya mempunyai kebolehan yang berbeza-beza sehinggakan ada yang cepat mempelajari sesuatu dan ada yang banyak bertanya dan ada pula pendiam dan sukar di nasihati...
maaflah jika blog saya terlalu mengikut format penulisan.......
Wassalam.....

No comments:

Post a Comment